icon caret Arrow Down Arrow Left Arrow Right Arrow Up Line Camera icon set icon set Ellipsis icon set Facebook Favorite Globe Hamburger List Mail Map Marker Map Microphone Minus PDF Play Print RSS Search Share Trash Crisiswatch Alerts and Trends Box - 1080/761 Copy Twitter Video Camera  copyview Whatsapp Youtube
Proses Damai di Selatan Thailand: Kukuhkan Asas bagi Dialog yang Bermakna
Proses Damai di Selatan Thailand: Kukuhkan Asas bagi Dialog yang Bermakna
A bullet hole is pictured as military personnel inspect the site of multiple bomb and gun attack at Cho-airong District in the troubled southern province of Narathiwat, Thailand 14 March 2016. REUTERS/Surapan Boonthanom
Report 304 / Asia

Proses Damai di Selatan Thailand: Kukuhkan Asas bagi Dialog yang Bermakna

Proses dialog damai untuk mengakhiri pemberontakan di wilayah-wilayah sempadan selatan Thailand berulang kali menghadapi halangan, termasuk keengganan daripada pihak organisasi pemberontak utama untuk menyertainya. Dengan adanya pelantikan ketua panel dialog Thai yang baru, dan ajakan kepada organisasi tersebut untuk menyertai semula proses berkenaan, kedua-dua pihak yang berdialog harus mengetepikan tentangannya yang selama ini menghalang kemajuan proses.

  • Share
  • Save
  • Print
  • Download PDF Full Report

Ringkasan Eksekutif

Sejak pelancarannya pada enam tahun yang lalu, proses dialog damai antara kerajaan Thai dan MARA Patani, organisasi payung bagi barisan pemisah Melayu Muslim dari selatan Thailand, belum dapat mencapai matlamatnya. Proses ini dibantu oleh Malaysia sebagai fasilitator, tetapi ia sentiasa menghadapi pelbagai masalah, seperti saling ketidakpercayaan yang mendalam, perpecahan dalaman pada kedua-dua pihak dan kurangnya iltizam untuk mengadakan perubahan-perubahan tertentu yang dapat memungkinkan perdamaian. Proses ini juga masih ditolak oleh kumpulan bersenjata utama, Barisan Revolusi Nasional (BRN). Usaha Thailand yang cuba mencari saluran komunikasi langsung dengan kumpulan tersebut secara senyap-senyap mungkin dapat dilihat sebagai satu langkah yang poisitif ke arah dialog yang lebih bermakna, tetapi ia juga menimbulkan halangan besar dari segi tatacara. Untuk menggerakkan proses ini ke depan, para pembuat dasar Thai harus mengatasi kebenciannya yang kuat terhadap desentralisasi politik, dan juga tentangannya terhadap pengantaraan antarabangsa. Bagi pihak BRN pula, mereka harus mengetepikan keengganannya untuk menyertai proses dialog, dan perlu menyatakan agendanya dengan jelas. Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai fasilitator, namun negara berkenaan juga terlalu terlibat dalam konflik sehingga sukar bagi pihak yang berkonflik untuk memandang Malaysia sebagai orang tengah yang saksama. Dengan demikian Malaysia juga harus memberi ruang kepada aktor-aktor antarabangsa untuk memainkan peranan sebagai mediator.  

Konflik di wilayah-wilayah sempadan selatan Thailand yang didiami oleh majoriti penduduknya Melayu-Muslim telah pun meragut lebih daripada 7,000 nyawa manusia sejak gerakan pemisah muncul semula pada awal tahun 2004. Para pemberontak, yang berakar dari barisan-barisan pemisah yang dibentuk sejak dekad 1960-an, memaparkan perlawanannya sebagai satu perjuangan anti-penjajah terhadap Thailand yang penduduk majoiritnya beragama Buddha, setelah daerah ini dicantumkan menjadi sebahagian daripada Thailand pada awal abad ke-20. Intensiti konflik telah menurun, dan jumlah kematian juga berkurangan secara beransur-ansur selama tiga tahun kebelakangan ini. Namun pemberontakan ini masih belum lagi dapat dikalahkan. Sebaliknya pihak pemberontak masih meneruskan serangan yang dahsyat, dan ada kalanya mengadakan serangan di luar kawasan operasi tradisonalnya.

Pada masa yang sama, proses dialog juga tidak dapat digerakkan ke depan atas beberapa sebab seperti perbalahan dalaman dalam kedua-dua pihak yang berkonflik, ambivalens terhadap manfaat proses pada kedua-dua pihak, serta susunan proses yang menjadi halangan bagi perundingan yang bermakna. Perpecahan dalaman juga menjejaskan keyakinan orang-orang yang terlibat dalam proses dialog. Para pegawai Thai dalam panel dialog menyatakan bahawa kerja mereka telah terjejas oleh segelintir pegawai Thai yang cuba mencari saluran komunikasi secara langusng dengan BRN. BRN pula menjauhkan diri daripada proses tersebut, dan menuntut agar kerangka proses harus direka bentuk oleh BRN dan Thailand, dengan pihak ketiga yang saksama sebagai pengantara, dan dipantau oleh para pemerhati antarabangsa. Tuntutan-tuntutan ini tidak disenangi oleh Bangkok dan Kuala Lumpur. Kerajaan Thai khuatir bahawa penyertaan masyarakat antarabangsa dalam proses akan membawa kepada pengiktirafan taraf para pemberontak, dan ia juga akan memberi peluang kepada pihak luar untuk mencampurtangani hal dalaman. Malaysia juga tidak senang dengan tuntutan-tuntutan sedemikina kerana negara berkenaan mahu mengekalkan statusnya sebagai fasilitator.

Pembukaan semula (but semula) diperlukan untuk kejayaan proses. Pada 1 Oktober 2019, kerajaan Thai telah menggantikan ketua penel dialog, dan langkah ini boleh dianggap sebagai pendekatan baru. Selaku ketua panel dialog, Jeneral Wanlop Rugsanoah, menyeru BRN melalui media agar organisasi tersebut menyertai proses. Jika kumpulan ini bersetuju, MARA Patani dan Malaysia tidak seharusnya menentang. Penyertaan BRN dengan kerelaannya merupakan syarat penting bagi kebolehpercayaan proses, kerana kemungkinan besar organisasi inilah yang bertanggungjawab atas semua operasi militen yang penting di selatan Thailand. Kumpulan ini juga harus mengatasi keengganannya untuk menyertai proses, dan menyatakan wawasan masa depan yang dimilikinya bagi wilayah ini. Kerajaan Thai harus mengurangkan tentangannya terhadap penglibatan pemerhati antarabangsa dalam proses. Bangkok dan Kuala Lumpur harus menerima pengantaraan pihak ketiga yang saksama. Pada dasarnya, para pembuat dasar daripada kedua-dua pihak yang berkonflik harus menyedari tanggungjawab mereka terhadap rakyat tempatan dalam hal mengakhiri konflik yang telah menyebabkan penderitaan yang amat dahsyat bagi para penduduk di selatan Thailand selama lebih daripada lima belas tahun.

Bangkok/Brussels, 21 Januari 2020